Celoteh Si Effa ;)
Ladies!

Hi! Effa here. I'm the owner of this blog. And sooo proud to have this. Thanks for your visit and do contact me as well. See ya!

 Loving Me




Entries About Find Me FAQ


Shout!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Re-Designed : Hysham Hyszham
Owner : Effa Riza

KES HANGAT !!

Aku pon tak paham .. xp dah jadi isu terbesar kt dunia .. malah MALAYSIA sasaran utama !! kaji lah sendri..
aku copy paste from others blog .. HHEHHE .. at least ramai lg tahu lg bagos .. bkn aq cetak rompak ok !!
sharing is caring ...


PETALING JAYA – Sekumpulan penggodam mengeluarkan amaran dan acaman untuk menyerang laman web www.malaysia.gov.my.
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous berkata, mereka akan melancarkan serangan pada 7.30 petang GMT pada hari Rabu (3.30 pagi Khamis, waktu Malaysia) dan menamakan operasi tersebut sebagai “Operation Malaysia.”
Mereka telah mengepos ancaman tersebut pada laman web,http://i.imgur.com/PTFWh.png.
Mikko Hypponen, Ketua Pegawai Pengkaji di F-Secure Corporation – sebuah syarikat sistem keselamatan komputer yang bertapak di Helsinki, Finland menyatakan dalam satu Tweet (Twitter) tentang serangan tersebut pada 4.42 pagi waktu Malaysia.
Tiada maklumat lanjut yang dapat diambil buat masa sekarang. Sebab mengapa kumpulan Anonymous ini mensasarkan laman web Malaysia untuk diserang juga tidak diketahui.
Sejak beberapa minggu lalu, aktiviti “mengodam” ini didapati semakin meningkat dengan beberapa kumpulan penggodam telah menyasarkan beberapa organisasi atas sebab politik.
Para penggodam setakat ini telah menyerang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan syarikat Sony Playstation Network, begitu juga dengan syarikat aeronotik, Lockheed Martin Corp dan Citibank di Amerika Utara.
Anonymous dituduh menggodam Playstation Network, namun jurucakap kumpulan itu menafikan dakwaan tersebut, dan menyatakan bahawa sasaran mereka adalah yang berunsur politik.
Negara Sepanyol bagaimanapun telah menahan tiga ahli yang berkemungkinan terlibat dalam aktiviti tersebut.
Anonymous merupakan kumpulan yang menggabungkan beberapa penggodam dari beberapa buah negara tetapi memiliki objektif atau sebab yang sama. Mereka beroperasi secara senyap dan amat teliti.
Sementara itu, AP melaporkan dari New York bahawa sekumpulan penggodam telah mendapat akses kepada laman web Senator Amerika Syarikat dan syarikat permainan video, Bethesda Softworks, antara siri-siri serangan siber terbaru yang mengakibatkan kerugian kepada ramai mangsa online.
Kumpulan tersebut, yang bergelar Lulz Security, menyatakan bahawa ia hanya akan mengeluarkan sedikit daripada semua data yang terdapat mengenai Senator itu ke laman webnya pada hari Isnin.
Merujuk samada perbuatan yang dilaporkan kepada Pentagon ini boleh diklasifikasikan sebagai langkah untuk berperang (act of war), kumpulan tersebut turut berkata,”adakah ini satu langkah untuk berperang? Masalah?”
Wakil dari pejabat Pegawai Keterbitan Senator tidak menjawab sebarang panggilan telefon untuk menjawab komen yang telah dikeluarkan pada hari Isnin.
Part 2
Bethesda mengakui bahawa pencerobohan sebuah pos blog pada Isnin, mengatakan penggodam mungkin telah memperoleh akses untuk nama para pengguna, alamat email dan kata laluan. Syarikat itu berkata tidak ada data kredit kad atau maklumat kewangan lain yang telah dikompromikan.
Josh Shaul, Ketua Pegawai Teknolgi di pembuat perisian keselamatan pangkalan data, Application Security Inc. berkata, data Lulz telah poskan ‘bukti boleh disahkan’ yang mampu mendapat akses dan mengawal laman web Senat.
“Ini ialah kumpulan yang sangat berkemahiran tinggi,” dia berkata. “Mereka mendakwa ia senang.”
Lulz Security juga baru-baru ini bertanggungjawab untuk memecah masuk kedalam laman-laman web PBS, Sony Pictures, Nintendo dan lain-lain.
Sementara itu, tidak pasti siapa yang bertanggungjawab untuk serangan siber terkini ke atas sistem komputer IMF atau Citibank yang mencuri lebih kurang 200,000 nombor akaun kredit kad, nama-nama pelanggan dan alamat-alamat email.
Shaul berkata, deretan serangan baru-baru ini mengambil kesempatan ke atas sistem yang tidak selamat.
Manakala syarikat-syarikat ini sedang melindungi perimeter sistem-sistem komputer mereka, sebaik sahaja penggodam-penggodam dapat masuk, “semuanya adalah untuk dimiliki”, katanya.
Ini adalah setara dengan sebuah bank yang meletakkan seorang pengawal di pintu dan meninggalkan semua wang dalam satu timbunan daripada menyimpannya dalam peti besi dan bilik kebal, dia menambah.
“Kami telah mencipta satu situasi dimana ia sangat senang untuk seorang penyerang mahir untuk memecah masuk dan mengambil data,” Shaul berkata. “Mereka melakukannya kerana mereka boleh.”
Bethesda mengelak untuk memberi komen melebihi pos blog dan tidak mengatakan bagaimana banyak pengguna telah terjejas.
Dalam mesej-mesej Twitter, Lulz (bahasa internet untuk gelak ketawa) berkata, ia mempunyai maklumat tentang lebih 200,000 pengguna “untuk berminggu-minggu” dan memecah masuk ke dalam laman web Bethesda lebih daripada dua bulan lepas.
Bethesda, sementara itu, berkata bahawa kumpulan penggodam “membuat percubaan untuk melakukan pencerobohan yang menyalahi undang-undang’ pada hujung minggu.
Lulz menyatakan dalam laman webnya pada Isnin bahawa ia tidak akan memberikan maklumat-maklumat yang ia ada hubung kait dengan 200,000 pengguna berkenaan.
Bethesda, yang mencipta permainan seperti “Brink” dan “Fallout: New Vegas,” ialah sebuah subsidari ZeniMax Media Inc. yang terletak di Washington, D.C.
(Rencana asal adalah dari thestar.com.my)
** Sementara itu, kumpulan Anonymous melalui satu satu video di Youtube mengenai serangan ke atas Malaysia berkata, tindakan mereka didorong oleh langkah kerajaan Malaysia yang mahu menghalang akses kepada 10 buah laman web muat turun yang didakwa menyebarkan perisian/filem/permainan komputer dan lain-lain secara cetak rompak.
Kumpulan tersebut mendakwa, tindakan menyekat dan menapis bahan-bahan di internet sebagai satu perbuatan yang mencabul hak asasi manusia.








something to says : Dalam internet pon ada jenayah !! takot r .. x aman dah dunia .. tulah sape suroh maju kan sgt negara !! nie r jd nye ,.. xp kl mcm nie lah silap ary  bulan NO MORE INTERNET